Follow if you like

Nov 4, 2010

SUP AYAM

SUP AYAM
Sup ayam ni selalu ita sekeluarga makan dgn nasi ayam, nasi atau roti. Klu suka pedas boleh letakkan cili kicap.... Jom lihat bagaimana ita sediakan sup ayam ni...

MyKitchen's Recipe


  • 1 ekor ayam
  • 4 biji kentang - belah 4
  • 1 batang carrot - potong kecil
  • 6 cawan air
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • 1 peket rempah tumis - 4 sekawan
  • 1 punjut sup bunjut
  • 1 kiub ayam
  • garam


    Bahan Hiris
     
    • 5 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 sm halia - dititik

    Bahan Hiasan
    • daun sup - dihiris halus
    • daun bawang - hiriskan halus
    • bawang goreng

    "DO IT YOUR SELF"


    Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
    Tumiskan rempah tumis, bahan yg dihiris dan lada hitam, hingga harum.
    Masukkan air , halia, sup bunjut, kiub ayam dan ayam dalam periuk dan rebuskan sehingga mendideh.
    Masukkan kentang dan  karot masak hingga empuk.
    Kemudian masukkan garam dan rasakan. Biarkan hingga masak tutup api.
    Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
    * boleh juga dimakan dgn cili kicap.

    No comments:

    Powered by Blogger.