Follow if you like

Nov 27, 2010

SOTO AYAM

 Soto Ayam

Hidangan Soto sudah menjadi kelaziman buat masyarakat kita. Ia hidangan pilihan sepanjang hari sama ada pagi, petang mahupun malam. Ia juga merupa menu yg selalu menjadi pilihan untuk jamuan atau kenduri kendara. Terdapat aneka sajian berasaskan Soto seperti soto ayam atau daging, mee soto dan mee hoon soto, jadi tidak hairanlah masyarakat kita tidak pernah jemu menikmatinyer.
untuk sajian hari ini ita menyediakan soto ayam untuk hidangan keluarga .. jom kita ke dapur  untuk melihat bagaimana ita menyediakan soto ayam ni yg merupakan menu yg paling ita minati


MyKitchen's Recipe

Bahan A
Mula2 rebus air sampai mendidih. masukkan ayam yg telah dibersihkan dan dipotong2. masukkan 2 kiub pati ayam dan 1 bungkus sup bunjut. Masak bahan ini sampai mendidih.

Bahan B
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
2 inc halia
1 inc kunyit
2 batang serai
(semua bahan diatas dikisar halus)
rempah tumis 4 sekawan
4 sudu besar rempah soto - dibancuh dgn air
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar santan

"DO IT YOUR SELF"

Masukkan 1/2 cawan minyak dalam periuk , tumiskan rempah tumis dan bahan yg dikisar hingga garing dan harum.  setelah garing masukkan rempah soto dan tumis hingga garing. jika ia likat atau berketu2 masukkan sedikit air rebusan ayam tadi dan masak hingga betul2 garing. Setelah garing masukkan semua bahan ini ke dalam air rebusan ayam tadi (bahan A) dan kacau rata. Kemudian masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa secukup rasa. 
Setelah mengelegak masukkan santa dan kacau rata biar didh sebentar dan siap untuk dihidangkan.

Bahan2 untuk dimakan bersama kuah Soto

 nasi empit

Taugeh, kacang goreng, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili kicap



1 comment:

Anies Joe said...

Sedapnya. Baru jumpa blog ni n tengah baca persatu resepi. memang awesome!!

Powered by Blogger.