Follow if you like

Nov 18, 2010

SICILIAN ORANGE CAKE

petang ni ita buat sebiji kek utk minum petang... kek yg sedap ni resepinyer dr Rima dan sumber dr Hana. Tp ita cnp resepi dr Kak Umi... "kak Umi ita share kat sini
ye...."



SICILIAN ORANGE CAKE
Resepi : Rima
Sumber: Hana
Cnp dr : Kak Noor

MyKitche's Recipe

* 250g butter - suhu bilik
* 250g gula pasir - hana buh 210g je (*akak letak 200 gm jek)
* 4 biji telur size M
* 1 1/2 sk parutan kulit oren (akak letak 1 1/2 sudu besar)
* 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
* 85ml jus oren

Bahan untuk aising: (akak x buat pun ni, just tabur gula aising jek)

* 125g gula aising
* 5 sk jus oren



"DO IT YOUR SELF"

1. Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belum masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
5. Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
6. Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

No comments:

Powered by Blogger.