Follow if you like

Nov 4, 2010

ROTI SARDIN BERSALUT BREAD CRUMB'S


ROTI SARDIN BERSALUT BREAD CRUMB"S

Roti sardin bersalut bread crumb's sarapan untk anak2... Lembab didlm dan rangup diluar... sungguh menyelerakan anak2....

MyKitchen's Recipe

Bahan utk sardin

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia
1 batang cili merah
kesemua bahan diatas di blend
1 tin sardin - dibuang tulang ikannya dan dilecek
1 st serbuk lada hitam
1 sb cili sos
garam n gula secukup rasa

"DO IT YOUR SELF"

tumis bahan yg diblend hingga garing dan harum. Kemudian masukkan sardin , serbuk lada hitam, cili sos, garam dan gula secukup rasa kacau rata biarkan sedikit kering. Kemudian tapis supaya asing minyaknya.

Bahan untuk  mengoreng roti

2 biji telut + sedikit garam dan pukul
roti secukupnya
bread crumb's
1 sk tpg gandum + sedikit air (sebagai gam)
 
"DO IT YOUR SELF"

Roti dibuang tepinya kemudian dirol hingga leper. Masukkan intin sardin di dlmnya letakkan bancuhan tpg di tepi roti lipat roti dan tekan tepinya dgn garfu.
Celupkan roti dlm telur kemudian golekkan atas bread crumb's dan goreng.

1 comment:

Mumtaz Dolah said...

Salam kak Azlita. Maaf tanya, tekan tepi dgn garpu tu macam kita buat karipap tu ke kak?

Powered by Blogger.