Follow if you like

Nov 4, 2010

RENDANG AYAM

RENDANG AYAM

MyKitchen's Resipe


  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit - mayang halus atau koyakkan 
  • 2 helai daun limau perut - di mayang halus atau dikoyakkan 
  • garam dan gula - secukupnya
  • air asam jawa - secukupnya

Bahan Mesin 

  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai - 2 batang di kisar 3 batang dititik
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 cili kering
  • 25 biji cili api

"DO IT YOUR SELF"

Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
Masukkan semua bahan-bahan  yg dikisar ke dalam kuali besar dan tumis hingga garing dan harum.  Masukkan ayam dan serai yg dititik  kacau hingga sebati.
Masukkan santan. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
Masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.

No comments:

Powered by Blogger.