Follow if you like

Nov 25, 2010

PULUT KUNING

Assalamualaikum...
selamat pagi semua... semalam tak sempat nak tunjukkan N3 yg ita masak semalam... semalam ita masak Pulut Kuning sempena hari lahir ibundaku tersayang... kerana kesibukkan tugas tak sempat nak bersiaran semalam.... sibuknyer mengalahkan perdana menteri...

bukannyer sibuk apa ita kena buat pertukaran sek anak ita yg bungsu... Dalili. Cari sek yg dekat sikit dgn umah tak la banyak buang masa atas jln raya dan tersangkut dik kesesakkan lalulintas...  Lps tu kena plk ambil anak tsyn... dan balik kena siapkan pulut kuning untuk hari lahir mak... Sebelum tu singah sekejap kat Jusco cari hadiah dan flowers for my mum...
Pulut Kuning utk mak ita dah hantar tak sempat nak ambil pic... kelang kabut sangat... plk tu hujan yg lebat membuatkan sukar nak ambil pic klu ambil dlm umah lighting tak cantik sebab dlm umah ni lampunyer semua warm light... tu yg pic nampak kuning aje...
jom lah tgk pulut yg ita buatkan utk ita dan anak2...



Pulut kuning dimakan bersama kari daging, sambal tumis udang dan telur rebus
 
MyKitchen's Recipe

 Pulut kuning

4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup boleh juga guna serbuk kunyit anggaran 2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul


"DO IT YOUR SELF"
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam  semalaman.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 3o minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. 
  4. Pulut kuning kebiasannyer dimakan bersama kari ayam atau daging, sambal tumis dan telur rebus. Boleh juga jika dimakan bersama rendang.

No comments:

Powered by Blogger.