Follow if you like

Nov 13, 2010

NASI SULTANA BEREMPAH

NASI SULTANA BEREMPAH

a'kum...
selamat tengahari semua dah makan belum? bg suri rumah tentu sibuk meyiapkan
hidangan utk makan tgh hari kan...?
Hari ni ita masak Nasi Sultana Berempah... nasi ni boleh dimakan dgn apa saja lauk pilihan hati.... hari ini ita makan dengan Ayam Ros Merah dan Acar Rampai Pelam....

ha! ini lah Nasi Sultanah Berempah
Nasi yg sedap ni resepinya dr Puan Ramlah Muhamed
TQ kak mmg marvelous!! sedap sangat... hai!! anak2 siap kata bila mak nak buat catering... wah!!...
Resepi ni sebenarnyer ita ambil dr majalah Saji, rasanyer sedap ditambah lg dgn rempah dan manis kismis menambahkan lg keenakkan nasi ni... kalau nak merasa kesedapan nasi ni bolehlah mencuba dgn melihat resepinyer di bawah...

MyKitchen's Recipe

Resepi by: Pn. Ramlah Muhamed
Sumber: Majalah Saji

4 cawan beras basmati - rendap sekejap basuh dan toskan
4 cwn air
1 cwn susu cair
2 helai daun pandan
2 batang serai - dititik
2 kpg dada ayam - dipotong kiub
3 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar sultana (kismis)
1/2 cwn minyak sapi (ita guna planta)
2 sudu besar bawang goreng
8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 inc halia - dikisar
Rempah tumis (4 sekawan)
1 sudu kecil garam kasar
2 biji tomato - dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 kpg kiub ayam

Bahan utk hiasan
2 sudu besar sultana
2 sudu besar bawang goreng
3 sudu besar hirisan daun bawang dan daun sup.

"DO IT YOUR SELF"

Panaskan minyak sapi dan tumis rempah tumis (4 sekawan) daun pandan dan serai, kacau rata hingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar dan rempah beriani, tomato cincang, ayam dan sos tiram dan tumis hingga naik bau.
masukkan bawang goreng, kiub ayam dan sultana.
tambahkan air, susu cair dan garam dan masak sehingga mendidih.
Masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga kering.
Buka penutup periuk dan kacau perlahan-lahan.
taburkan bawang goreng, kismis dan hirisan daun sup dan daun bawang. Hidangkan

Nasi Sultana Berempah bersama Ayam Ros Merah dan Acar Rampai Pelam

No comments:

Powered by Blogger.