Follow if you like

Nov 21, 2010

NASI PADPRIK AYAM

Assalamualaikum...
selamat petang... petang lg... dah petang2 ni la baru dpt nak relax cikit.... baru la blh nak on9... hihihi... hari ni saya masak yg simple2 aje sebab jap lg nak keluar... biasa klu hari minggu kami sekeluarga makan kat luar tp sebab hubby ada keja sikit kenalah masak... klu tak menjerit la penghuni2 kat umah ni....
menu hari ni.. Nasi Padprik Ayam... resepi dr Chef Hanieliza fav anaku.. Amirul... TQ Chef



MyKitchen's recipe

Ayam Padprik
By : Chef Hanieliza

300 gm isi ayam
100 gm lobak merah
100 gm kubis bunga
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar
2 biji tomato (ita tambah)
(semua bahan diatas dipotong kecil)
2 sb kicap pekat
5 sb sos tomato (ita tak letak)
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau perut
1 btg serai dititik
3 biji limau kasturi ambil jusnyer (ita guna lime)
5 biji cili api diketuk (klu suka pedas blh tambah)
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 cwn air
minyak masak
1 kiub ayam (ita tambah)

"DO IT YOUR SELF"

panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi
masukkan ayam dan kacau rata.
masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, sos tiram dan kiub ayam. masak hingga didih.
masukkan sayur2an yg tlh dipotong td dan kacau rata.
Apabila telah didih masukkan daun limau perut dan kacau rata.
Masukkan jus limau dan tutup api.
hidang dgn nasi putih... emmm... sedapnyer... cubalah...

No comments:

Powered by Blogger.