Follow if you like

Nov 19, 2010

NASI GORENG KUNYIT

assalamualaikum...
salam jumaat semua... ttu semua dah bersarapan.. hari ni ita masak Nasi Goreng Kunyit dan Kuih Bakar Jagung untuk sarapan ita sekeluarga... Nasi ni selalu mak ita buat masa ita kecik2 dulu.. simple aje... barangnyer pun mmg ada kat dapur hari2... jom kita tgk apa resepinyer

MyKitchen Recipe

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 inc kunyit
6 tangkai cili api (klu suka pedas boleh tambah)
Kisar semua bahan di atas
1 biji telur digoreng hancur
karot dipotong dadu
sawi di potong
nasi sejuk 2 mangkuk
garam dan gula secukup rasa

"DO IT YOUR SELF"

Tumis bahan yg di kisar hingga garing dan harum. masukkan karot dan batang sawi dahulu. kemudian masukkan nasi dan gaul mesra. Kemudian masukkan telur garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun sawi. Siap!! utk disaji...


No comments:

Powered by Blogger.