Follow if you like

Nov 17, 2010

NASI DAGING

Nasi Daging

Assalamualaikum....
rasanyer belum terlambat lg kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua..... almaklumlah sibuknyer bukan main lg smlm gi ambil anak balik, pas tu kena gi pasar utk siapkan juadah hari raya... mlm nyer plk sibuk memasak... seronok bila semua dapat berkumpul pd hari raya ni....
ok hari raya ni ita ada sediakan pelbagai juadah utk santapan kami sekeluarga.... sbb thn ni tak balik kpg so kenalah masak sendiri... jom kita tgk apa yg ita sediakan pd hari raya ni....
Ini lah menu utama hari raya ni Nasi Daging
Resepi ni ita dapat dr buku resepi Chef Hanieliza
rasa nasi ni sedap... kerana terasa rempah kurma dan dagingnyer... tp seperti biasa ita ada menderhaka sikit kat resepi ni ita telah tukarkan daging yg di potong kiub kpd daging cincang...

MyKitchen's Recipe

1 kg daging - dipotong sebesar 4 inc dan direbus dgn halia hingga lembut (ita guna daging cincang)
6 cwn beras basmati - basuh, rendam sekejap, kemudian toskan... (spt biasa sukatan beras bergantung kpd jumlah hidangan so sukatan yg lain pun pandai2 lah adjust ye!)
7 cwn air rebusan daging
1/2 cwn susu cair
3 sudu besar minyak sapi (ita guna planta)
500 gm tomato (dicincang)
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan disimpul)
garam dan gula secukup rasa (ita tak bubuh gula)
2 kiub daging (ita tambah)

bahan tumis
rempah tumis (4 sekawan)
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inc halia - dihiris

"DO IT YOUR SELF"

Panaskan minyak sapi dlm periuk. Tumis kan rempah tumis. Kemudian masukkan bahan yg dihiris masak hingga harum. masukkan rempah kurma yg tlh dibancuh dgn air dan kacau hingga naik minyak. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair , kiub daging dan daging. masak hingga mendidih. masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis. Tutup periuk dan biarkan nasi kering dan masak sepenuhnyer...

1 comment:

Syahira Mohtar said...

Saya dah cuba resepi ni..memang sedap...anak anak makan bertambah tambah

Powered by Blogger.