Follow if you like

Nov 6, 2010

MEE KARI

MEE KARI

Hari ni ita masak mee kari... Mee kari ni dah jd trademark ita... klu hari raya siapa nak makan mee kari dtg la umah... selalu ita masak mee kari pd hari raya ke2. Klu hari raya menu mcm biasa la ketupat, rendang, lodeh dll. Sebab anak2 balik cuti jd ita masak makanan fav family ita ni...  ok jgn buang masa lagi mari kita kedapur...

MyKitchen's Recipe

  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 1 cwn udang kering - direndam n dikisar
  • 1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
  • 1 biji santan
  • 2 inc halia - dititik
  • 2 inc lengkuas - dititik
  • 2 btg serai - dititik
  • 3 kpg asam keping
  • garam n gula secukup rasa
  • 1/2 kg daging - ita guna batang pinang
  • 10 ekor udang - yg besar
  • fish ball
  • kerang
  • tauhu sponge yg dah goreng

Bahan2 yg dimakan bersama
  • Mee kuning
  • Timun dihiris halus
  • Tauge
  • Telur rebus - ita guna telur puyuh
  • Daun sup n daun bawang - dihiris halus
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi

"DO IT YOUR SELF"

Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai. Masukkan air dan biar ia didih. Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali). Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih. Masukkan udang, kerang dan fish ball. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge. Siappp!!

Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak...

1 comment:

daie_soleh said...

Salam k ita,

wah..sedapnya resepi mee kari ni. Nak tanya, resepi ni, agak2 utk brape org makan?

^.^, hafsah ingatkan nk cuba, tapi macam banyak sangat kalau nak masak utk 3-4 org.

terima kasih ^.^,

Powered by Blogger.