Follow if you like

Nov 28, 2010

MARMER CHIFFON CAKE

Hari ni ita buat lagi Marmer Chiffon Cake ni... sebenarnyer ini adalah kali ke 3 ita buat kek ni... sebab sedap sangat selalu tak sempat kek ni nak berposing... kejap aje dah licin... hari ni ita buat lagi sebab anak2 suka sangat... resepi ni ita ambil dari buku Kek Chef Alex Goh. Chef Allex ni mmg pakar dalam membuat kek. I really love this cake.... mmg sedap sangat lembut dan gebu dirasa .... tak puas makan...
Chef Alex selalu kata jangan ragu2 untuk menambah atau mengubah suai kek citapaan sendiri... jom tgk resepi yg telah ita ubah suai ni...


MyKitchen's Recipe

Bahan A
6 biji kuning telur
50 gm gula castor
1/4 garam
4 sudu besar minyak sayuran - ita guna minyak Mazolla
70 gm Strawberry Fresh Milk

Bahan B
110 gm Tepung kek
(klu tak ada tpg kek guna tepung gandum dan add 1/2 sudu teh baking Powder)

Bahan C
6 biji putih telur
100 gm gula castor
1/2 sudu teh krim of tartar

Bahan D
1 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh coklat emilco + 1 sudu besar coco powder + 1 sudu besar air panas


"DO IT YOUR SELF"

  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Bancuh kan A hingga sebati. Masukkan B dan gaul hingga sempurna.
  3. Pukul putih telur C hingga kembang. Kemudian tambahkan gula dan krim tartar. Pukul lagi hingga kental (kalau kita angkat pemukul ia spt bertanduk - meringue)
  4. Ambil 1/4 bahagian meringue dan gaulkan dgn adunan kuning telur dr langkah (2) dengan kaedah kaup balik dan sebatikan hingga rata. Masukkan semua baki meringue dan gaulkan adunan dgn rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu bahagian di campurkan dgn strawberry emulco dan kaup balik hingga rata. Manakala satu bahagian lagi dicampurkan coklat emulco dan serbuk koko dan kaup balik dgn sempurna.
  6. Tuangkan adunan ke dlm acuan kek angle food 22 cm atau 9 inc ( tak perlu di gris dgn butter ye!) secara berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.
  7. Keluarkan kek dr ketuhar setelah masak dan terbalikkan nyer dan biarkan sejuk.
  8. Sisip tepi acuan dgn pisau tajam, tarik keluar dan sisip pulan bahagian bawah acuan. Tanggalkan dr acuan dan bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

1 comment:

Lidasarrah said...

As Salam....saya n kluarga esp anak2 n neighbours yg saya jamukan recipe ini sgt, sgt suka...coz sgt fluffy...!mekacih...

Powered by Blogger.