Follow if you like

Nov 17, 2010

MARBLE CHOC CHEESE CAKE

Marble Choc Cheese Cake

resepi dr Yatie.. sedapnyer.... TQ yati sebab share resepi yg sedap ni... ini lah yg sempat ita snap!... laju aje anak2 makan.. tak boleh jadi ni... semua dah berbunyi nak suruh buat lg... aduyai... mengodek lg la maknyer mlm ni....

Yatie, ita mintak izin share resepinyer kat sini yer...
seperti biasa ita ada menderhaka sikit kat resepi ni... jom kita lihat resepi yg ita cnp dr yatie...





MyKitchen's Recipe

Bahan A:

* 250gm mentega
* 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)- ita guna 1 cwn pas tu + 3 sb lagi sebab ita tak guna susu cair
* 5 biji telor gred A
* 1/2 cwn serbuk koko *
* 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je) ita guna tpg halus
* 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
* 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
* 1/4 cwn susu cair - ita guna susu coklat UHT tu yg ita kurangkan gula takut manis sangat nanti...

Bahan B:

* 250 gm cream cheese
* 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 biji telor gred A

"DO IT YOUR SELF"

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga putih.
3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

3 comments:

atiqah said...

Salam kak, nak tanya kenapa kek saya bila keluar dari oven untuk disejukkan, kek tu memang sedap kak ita

atiqah said...

Sori soalan saya tu, sebenarnya saya nak tanya kenapa kek saya turun bila keluar dari oven untuk disejuk kan dan kek saya tak segebu dan secantik kek kak ita. Terima kasih resepi yang akak bagi...

syakir said...

Alhamdulillah...terima kasih kak azlita. Kek menjadi sungguh. Yg penting ikut resepi step by step..:)

Powered by Blogger.