Follow if you like

Nov 3, 2010

LONTONG

LONTONG
Hari ni Azrul balik cuti.... so maknyer masakkan lontong untuk menu hari ni.....
enjoy your food.... my dear...

MyKitchen's Recipe

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • secekut udang kering
  • 1 inc belacan - jika suka
  • 1/2 inc kunyit
  • 1 batang serai
  • Kesemua bahan di atas diblend
  • 1 biji santan
  • kacang panjang - dipotong
  • sengkuang - dihiris
  • carot - dihiris
  • timun - di hiris
  • kobis - dihiris
  • tauhu - dipotong dan di goreng
  • tempe - dipotong dan digoreng
  • garam dan serbuk perasa

"DO IT YOUR SELF"

Tumis bahan yg diblend hingga naik minyak dan garing. Masukkan sedikit air dan biar dia masak dan didih. Masukkan santan dan kacau hingga masak. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa biarkan didih. Selepas itu masukkan kacang panjang, carot, timun, sengkuang, kobis, tauhu, dan tempe. Siap! tutup api.

Lontong ni makan bersama nasi impit, sambal tumis dan telur rebus boleh juga makan bersama kuah kacang, serunding dan rendang mengikut selera masing2

No comments:

Powered by Blogger.