Follow if you like

Nov 14, 2010

LAKSA UTARA


LAKSA UTARA

salam... selamat berhujung minggu.... dah makan? tentu ramai yg makan kat luar hari ni maklumlah hari cuti ttu ramai yg mengambil peluang ni utk keluar makan bersama anak2.... ok lah selamat menjamu selera ita ucapkan....
hari ni ita se family makn laksa... Laksa Utara
ita pangil laksa utara sebab senang tok sah gaduh2... sbb ada yg kata klu laksa Penang tak de telur, tak letak belacan... dan mcm2 lagi... so ambil mudah kita kata la ni laksa utara... ha kan mudah.. campur semua...
Resepi ni ita cnp dr blog Kak Noor harap kak Noor tak marah ye... sebab ita nak simpan resepi ni utk rujukkan klu nak buat lg....  menurut kata kak Noor resepi ni diambil dr Tulip77 kat MyR... sedap resepi ni anak2 dan suami suka... tapi ita tak letak ulam2man masa menghidang kerana anak2 tak suka jd mana yg dorang makan aje yg itah bubuh... ini pun nak elakkan pembaziran juga... hhihi

My Kitchen's Recipe

LAKSA UTARA SPECIAL
by Tulip77@MyR

• 2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
• 2btg bunga kantan - dipotong dua
• 3 ikat daun kesum
• 3sb cili giling
• 10bj cili padi - ditumbuk halus
• 20 keping asam gelugor
• 20gm belacan
• garam & serbuk perasa
• - Bahan-bahan ulam -
• 1 labu bawang besar
• 1bj salad buah
• 1 ikat daun selum
• 1 btg timun
• 3bj telur rebus
• 3bj limau sambal
• 1 btg bunga kantan
• Laksa sediakan seperti arahan di pek

"DO IT YOUR SELF"

1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
2. Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5. Masukkan garam & serbuk perasa.
6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

Laksa

Bahan2 utk dimakan bersama laksa 
daun kesum
bunga kantan

4 comments:

Cat is Kucing said...

salam kak ita...nk tau la resipi laksa ni akak buat utk mkn berapa org ye? kalau dlm 10 org cukup x? sy bru first time nk buat laksa ni...

AZLITA AZIZ said...

wasalam... cat
boleh cat adunan ni akak buat tuk makan family.. dapat banyak dan akak rasa sesuai kalau nak jamu 10 orang

Cat is Kucing said...

thanks kak ita...sabtu lps saya masak resepi mee kari udang akak, jamu kt keluarga mertua...diorg kate mmg best..blog akak mmg best..resepi akak lagii best..;)

farhana shuib said...

Kak ita..thanks tau..saya selalu guna resepi akak..since sebelum kahwin sampai dah kahwin ni..resepi akak mmg terbaik..moga Allah balas jasa baik akak kongsi ilmu masakan ni semua

Powered by Blogger.