Follow if you like

Nov 19, 2010

KUIH BAKAR JAGUNG

 Kuih Bakar Jagung

Ita buat kuih ni malam tadi untuk sarapan pagi ni.. senang aje buat kuih ni.. kita
godek2 tpg masuk dlm loyang dan bakar... bila dah sejuk dah boleh makan..
resepi ni ita skodeng dr dapur Cik Mat Gebu... ita buat nipis2 sebab ita suka makan kerak dia yg rangup tu....
Terima kasih pd CMG yg sudi berkongsi resepi...
CMG, izinkan ita share resepinyer disini yer... utk rujukan ita dan kawan...


MyKitchen's Recipe
By: CMG Dapur Tampa Sempadan

250 g tepung gandum
230 g gula pasir (mat guna 180 g)
400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak)
200 ml air
4 biji telur gred A
1 tin cream style corn
2 camca besar minyak sapi QBB (boleh ganti dengan mentega)
1 camca teh garam (mat guna 1/2 je)
3/4 camca teh pewarna kuning
1 camca teh serbuk vanillin (mat guna esen vanilla je)

"DO IT YOUR SELF"

1. Satukan semua bahan diatas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk hingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream styke corn tadi dan gaul rata.
2. Panaskan loyang dalam oven. Lenser dgn sedikit minyak sapi atau mentega. Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
3. Jika menggunakan loyang bakar 40 - 50 minit dan jika bekas kecil (seperti acuan baulu), bakar 15 - 20 minit atau pun hingga masak.Bergantung pada saiz acuan dan jenis acuan.

1 comment:

khairini melissa ng sau cheng said...

SALAM akak..
bR TERJUMPE BLOG AKAK NIE..sGT2 MENARIK...BOLE NAK REFER TIME NAK BUAT KUEH NIE...

Powered by Blogger.