Follow if you like

Nov 23, 2010

KEK MARBLE TRIO

Kek Marble Trio 

resepi ita skodeng dr blog CMG... terima kasih Cik mat kerana sudi share kek yg
sedap ni dgn insan2 yg baru belajar mcm ita ni...
sebenarnyer ita buat kek ni mlm tadi... saja aje buat kek utk kudapan anak2 al maklumlah budak2 ni klu dok umah ujan2 ni cepat berkeroncong perut tu... klu ada apa2 nak dikunyah tak de la dorang tu meragam...sangat... kerana buat dah tgh mlm.. tau2 aje la mata pun dah tak berapa larat nak tunggu lama... lps timer bunyi terus keluarkan... jumpa esok la ye kek... tut2 bila potong ala bawah dia belum kering betul... tu la... peringatan jgn buat kek mlm2 sbb buat kek ni nak kena byk sabor....hihihi
tp kek ni sedap... anak2 suka... anak ita yg no 2 tu mmg suka kek.. dia aje la yg dok berulang kat dapur ni... jom la kita tgk resepi Cik Mat...
Cik Mat ita minta izin cnp resepi ni kat sini yer... nanti senang klu nak buat lagi...


MyKitchen's Recipe
By: CMG

300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

"DO IT YOUR SELF"

1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

1 comment:

Hawa said...

salam akak kalau guna loyang kecik agak2 berapa ek..semua bahan ats2 tu sy budak bru bljr

Powered by Blogger.