Follow if you like

Nov 17, 2010

HONEY PRAWN LAGI

Atas permintaan suami ita masakkan Honey Prawn ni lagi utk dimakan bersama Nasi Daging ... resepi ni mmg sedap... sekali makan pasti nak lg...
Resepi istemewa ni ita skodeng dr blog Chik Mimi. Menurut Chik Mimi resepi ni beliau dapat dr DJ terima kasih kepada keduanyer yg sudi berkongsi resepi... halal kan resepinyer ye... Seperti biasa ita ada lakukan sedikit ubah suai kpd resepi ni .. bukan memandai2 tp sekadar menurut selera keluarga... Kpd Chik Mimi izinkan ita CNP resepinyer di sini ye.. utk rujukan ita dan kawan2...
Honey prawn

MyKitchen's Recipe

By:DJ
sumber : Chik Mimi (Aku dan Kehidupanku)


* 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
* 1 labu bawang besar*
* 1 biji cili merah*
* 3 ulas bawang putih*
* 3 biji cili api*
* 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
* 1 sudu makan sos cili
* 1 kiub ikan bilis (ita yambah)
* 1 sudu makan jus lemon
* sedikit daun ketumbar (dihiris)
* 1/2 sudu besar kicap pekat
* 1/2 nenas dihiris halus (ini ita tambah)

"DO IT YOUR SELF"

Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan kiub ikan bilis dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

No comments:

Powered by Blogger.