Friday, November 5, 2010

DAGING MASAK KICAP

DAGING MASAK KICAP


MyKitchen's Recipe

  • Daging - di rebus klu batang pinang tak payah rebus
  • 5 ulas bwg merah- dihiris
  • 2 ulas bwg putih - dihiris
  • 1 inc halia - dititik
  • 1 sudu teh lada hitam ditumbuk
  • *2 sudu makan kicap masin
  • *2 sudu makan gula
  • secubit pak aji
  • 1/2 cwn air asam
  • rempah tumis (4 sekawan)
  • Kentang dihiris bulat2 digoreng
  • 1 labu bwg besar dihiris bulat2
  • karot dipotong ikut suka

"DO IT YOUR SELF"

Tumis rempah tumis, bwg merah, bwg putih, halia, lada hitam hingga garing.. masukkan sedikit air (anggaran 1/2 cawan dan masukkan daging - klu daging yg direbus masukkan air rebusan daging tadi). Biar daging empuk. Kemudian masukkan kicap * kalau kicap masin tak yah bubuh garam klu guna kicap manis letak garam begitu juga sebaliknyer... masukkan air asam gula dan serbuk perasa secukup rasa. Biar didih. Setelah didih masukkan carot biar sekejap masukkan kentang dan bawang besar yg tlh dihiris... biar renih dan siap dihidang...

** bahan ini juga boleh untuk ayam dan ikan. Tapi klu ayam dan ikan goreng dahulu.
Klu masak ayam masak kicap bubuh 1/2 inc lengkuas.

No comments: