Follow if you like

Nov 23, 2010

BADAK BERENDAM

tengok tu anak badak ada, mak badak ada, atok badak pun ada hihihi..... petang ni saya buat kuih badak berendam resepi dr Sasha Rahmat mmg sedap.... buat pun senang tak sia2 buat sebab anak2 semua suka... tp banyak jugak ita derhaka kat resepi ni... hahaha biasalah.. bila angin M dah dtg.... nak keluar umah gi kedai mmg malas jd gunalah apa yg ada kat umah ni.... hahaha

MyKitchen's Recipe
By: Sasha Rahmats

Bahan 'A' - Kulit
600gm tepung pulut
350gm kentang - kentang habis plk time2 ni ita guna tpg kentang aje... janji jadi kan....
4helai daun pandan, ditumbuk halus*
500ml air suam kuku*
1tsp garam*
1 tblspn gula*
1sudu teh warna hijau, jika suka*

*gaul rata dan tapis

KRN SKALA KEMALASAN BEGITU MEMUNCAK CHA OMITKAN DAUN PANDAN CHA GUNA ESEN PANDAN DN PERWARNA HIJAU....ish ish ish
ita pun sama cha... daun pandan yelek... malasnyer nak keluar ujan2 ni....

Bahan 'B' - Inti
1biji kelapa parut putih
1 tblsp tepung pulut
1/2 tsp salt
2 helai daun pandan
250 ml air
100gm gula merah
100gm gula melaka
100gm gula pasir


Bahan 'C' - Kuah
1litre santan pekat
5helai daun pandan
2 sudu makan tepung pulut atau tepung jagung
1 tsp garam

Bahan A..kentang kupas kulit rebus dan lecek halus
uli bahan A menjadi satu adunan doh..ketepikan

Bahan B...satukan gula dgn air masak sekejap dan tapis
daun pandan tuk mewangikan
masakkan kelapa tadi bersama2 air yg dh ditapis
masak hingga likat then addkan tpg pulut & garam

Bahan C...satukan dan masak hingga pekat

Ambil sedikit adunan, lalu isikan inti dan bulat-bulatkan.
Didihkan air secukupnya.
Bila dah mendidih masukkan bebola tadi.
Tunggu sehingga kueh timbul. (kaedah onde2 gitu)

Bila dh masak addkan kueh tadi ke bahan C.
Sedapnyerrrr... makan panas... pulak tu kat luar ujan... pehhh!!!

No comments:

Powered by Blogger.