Follow if you like

Nov 30, 2010

AYAM MARSALA


Inilah lauk Ayam Marsala yang ita masak untuk dimakan bersama Nasi Tomato. Sebenarnyer resepi asal adalah Kambing Marsala dari buku memasak 1 hari 1 resepi  Chef Hanieliza. Kerana tak de kambing dan anak2 suka makan ayam jadi ayam ita tu ita masak la lauk ni... jadi la resepinyer Ayam Marsalah.... bukan ayam bermasalah tau! tapi ita yg bermasalah sebab tak boleh makan kambing... aiyo! banyak takot wo... nanti darah naik... sapa yg susah... ita jugak.... hahaha jangan cakap banyak lagi jom kita selongkar kat dapur apa yg ada untuk masak ayam ni... jom!



MyKitchen recipe

Ayam Marsala
By: Chef Hanieliza

Bahan A
1/2 ekor ayam - basuh bersih dan dipotong kecil
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh jintan manis
ayam digaul bersama serbuk kari dan jintan manis dan di perap selama 1 jam

Bahan B
2 biji kentang dibelah 4
2 biji tomato dibelah 4
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus2
2 cawan santan
1 cawan air
3 sudu makan minyak utk menumis
garam secukup rasa
2 kiub pati ayan - ita tambah

Bahan C
4 biji buah keras
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inc halia
2 inc kulit kayu manis

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumis bahan C hingga garing dan naik baunyer. masukkan ayam dan daun ketumbar. Gaul rata dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan air, kentang tomato dan kiub ayam dan masak hingga daging dan kentang empuk.
masukkan santan dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Siap utk dihidangkan.



No comments:

Powered by Blogger.