Friday, November 5, 2010

ACAR TIMUN /PENCUK

ACAR TIMUN / PENCUK

Resepi ni ita cnp dari blog Chef Hanieliza...ada sedikit tambahan mengikut selera ita dan family.... klu kat Johor ita panggil pencuk tapi klu org pantai timur dia pangil acar timun. Acar ni sedap dimakan dgn apa2 nasi.. rasanya yg rangup bila dikunyah membuatkan kita berselera menikmati hidangan.... kepada yg meminati bolehlah mencuba resepi dr Chef kita ni....

MyKitchen's Recipe

  • 100 gm timun
  • 100 gm lobak merah
  • 100 gm cili merah & hijau
  • 100 gm nenas
  • 50 gm bawang besar
  • 60 ml cuka
  • 30 gm gula
  • garam
  • Air kapur secukup untuk merendam sayur

"DO IT YOUR SELF"


Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus.
Nenas dipotong 2 inc buang empuluh tghnyer dan dimayang halus.
Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti batang mancis.
Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
Hidangkan bersama nasi dagang, nasi minyak, nasi tomato atau yg sewaktu dengannyer....

No comments: