Follow if you like

Oct 31, 2010

NASI GORENG CILI KERING


NASI GORENG CILI KERING

Nasi goreng ni mmg menjadi kesukaan kami sekeluarga. Mak selalu buatkan kami nasi goreng ni untuk sarapan pagi. Kalau nasi semalam tak habis dimakan esok mak akan buat nasi goreng sayang.. katanya nak buang nasi tu...

MyKitchen Recipe

  • 10 tangkai cili kering -  kalau suka pedas boleh tambah
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc belacan
  • secekut ikan bilis - direndam
Semua bahan di atas di kisar halus

  • 2 sudu makan minyak utk menumis
  • ikan bilis digoreng
  • 2 mangkok nasi
  • 1 biji telur
  • secubit garam, gula dan serbuk perasa

"DO IT YOUR SELF"

Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau dan garing. Kemudian pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan nasi dan kacau rata. Setelah rata dan masak tutup api. Akhir sekali barulah masukkan ikan bilis.

No comments:

Powered by Blogger.