Follow if you like

Oct 24, 2010

KUIH KOSUI



KUIH KOSUI

Kuih ini mengamit seribu memori buat ita. Masa kecik2 dulu ita selalu tolong mak jual kuih ni. Kadang2 Mak hantar kuih ni kak warong Mak Long untuk dijual. Dengan hasil titik peluh membuat dan menjual kuih ini jugalah kita adik beradik dibesarkan.

Sekarang kuih ni menjadi kegemaran puteriku Dalili. Dah berapa hari Dalili merengek minta dibuatkan kuih ni...
Resepi kuih ni adalah dari ibuku tersayang.... disebabkan kuih ni adalah untuk buat jualan maka sukatan bahan2 nya agak banyak. Oleh itu kalu ada sesiapa yg berminat untuk mengikut resepi mak ita ni boleh la sukatan bahannya dibahagi dua...


MyKitchen's Recipe


    •    1 kg tepung gandum
    •    2 cawan tepung ubi
    •    1 sudu makan kapur di cairkan dengan air (klu satu sudu makan tu diratakan)
    •    kesemua bahan di atas dibancuh dengan air dan kemudian diblend.
    •    1 helai daun pandan
    •    1 kg gula pasir
    •    RM 2 gula timbang atau gula merah 
(pilih gula yg warnanya hitam supaya mendapat  warna kuih yg cantik tampa letak pewarna)




"DO IT YOURSELF"

Masak gula timbang dengan air dan daun pandan hingga gula larut. Setelah gula cair tapis dan biarkan seketika.
Kemudian masukkan air gula tadi kedalam adunan bahan yang telah diblend tadi dan kacau rata. Masukkan bancuhan ini dalam acuan.
Panaskan kukusan dan kukus kuih ini anggaran 15 minit. Bila kuih ini naik mengelembung  atau berbuih di atas ini bermakna kuih ini telah masak.

*sukatan  utk kuih ni banyak so klu utk makan family boleh bahagi 2 sukatannya.
kuih kosui ni dimakan bersama kelapa parut yg di gaul dgn sedikit garam. Pilih kelapa yg muda.

6 comments:

syasya said...

waa...sya dh kawin nnt mesti sya kene singgah blog akak banyak kali sebagai refferece..akak jgn delete tau post2 akak ni.sya suke sume..tp sya mude lg nk cube sume huhuhu

Luvly Aliyn said...

Anak sya suker sgt kuih kasui nie...tapi nak tanya ka Ita. betul ke gula tu 1kg?

farhana said...

salam..kak nak tanye air nak pakai brape cawann?

PwinCess said...

salam kak ita...

nk tanya mcm mana nk jdkan kuih kesui ne ade lubang tgh2 dia.

warna kehidupan said...

wa best je nmpak kuih ni..nk try buat la nti..urm

Tanty said...

Assalam Kak Azlita..berapa byk sukatan air yang diperlukan?

Powered by Blogger.