Follow if you like

Oct 31, 2010

KUETIAU GORENG

MI

KUETIAU GORENG

Kuetiau goreng ni mmg fav hubby ita lebih2 lagi klu letak kerang mmm... mmg licin pinggan.. Resepi ini ita ambil dari buku resepi Senangnya Memasak oleh Chef Hanieliza jom kita lihat apa bahan2 yg digunakan...

MyKitchen Recipe

  • 500 gm kuetiau
  • 300 gm udang -dibuang kulit
  • 1 ikat daun kucai - dipotong 1 inc
  • 1 cwn tauge
  • 1 kpg tauhu basah - digoreng dan dipotong kecil
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 ulas bawang merah - dikisar (ini ita tambah)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili (ini ita tambah)
  • 1 biji telur
  • 1 biji tomato dipotong kecil
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.

"DO IT YOUR SELF"

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar , bawang merah yg telah dikisar dan kicap pekat. Masukkan udang, sos tomato dan sedikit air. Kemudian kacau rata. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati. Masukkan kuetiau, tomato, tauhu, tauge dan kucai. kacau rata dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Powered by Blogger.