Follow if you like

Oct 24, 2010

KEK CAWAN CHOC CADBURY





KEK CAWAN CHOC CADBURY

Masa balik kampung hari tu adik ipar ada buat kek choc. Sedapnyer rasa kek dia rasa macam nak habiskan aje... tapi malu la pulak... ita mmg suka sangat kek choc... Pas tu mintak la resepi kat adik. Tapi ita ada tokok tambah sikit... ita letakkan filling and buat dlm paper cup yg comel jom kita sekodeng apa resepinyer...

MyKithcen's Recipe

  • 1 Mug butter - boleh juga junakan planta atau minyak Mazola
  • 1 Mug gula halus
  • 1 Mug telur
  • 1 Mug tepung naik sendiri
  • 1 Mug choc debu Vanhouten
  • 1/2 Mug susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cwn air panas
  • Choc Cadbury yang kecil

"DO IT YOURSELF"

Pukul telur dengan gula sampai kembang. Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan dan pukul lagi sampai putih gebu. Masukkan susu, tepung, choc dan esen vanila. Kacau rata. Akhir sekali masukkan 1 cawan air panas. Setelah adunan siap kek sedia untuk dikukus. Masukkan sedikit adunan ke dalam paper cup kemudian masukkan choc Cadbury dan penuhkan semula paper cup dengan adunan tadi. Setelah air mendidih kek bolehlah mula dikukus lebih kurang 15 minit.

4 comments:

Ad-Deen said...

salam :)
cupcake ni nmpak sedap..tp nak tnya..
Mug dlm ukuran apa sbnrnya? Cwan ka?

AZLITA AZIZ said...

salam...
mug tu dia besar dari cawan klu Ad-Deen nak tgk mug yg ita maksudkan blh tgk kat pic apam pisang choc http://fromintankitchen.blogspot.com/2010/10/apam-pisang-coklat.html nanti nampak mug choc kat pic tu... blh gunakan apa2 saje mug tp setiap ukuran mestilah gunakan mug yg sama...

DianaMus said...

Salam kak ita.. Telur 1 mug means berapa biji telur eik? Penuhkan telur dlm 1 mug ke maksudnya? (",)

LoveyLia said...

salam kak, saya baru blajar bt cupcake.. Lepas bakar tu cantik je dia naik. Tapi lepas da sejuk dia macam mengecut. Turun balik n jadi ad ruang kosong kt tepi kek tu. Kenapa ye kak??

Powered by Blogger.