Follow if you like

Oct 30, 2010

KASTARD JAGUNG BERKUAH

KASTARD JAGUNG BERKUAH
Family ita mmg suka makan puding, and ita selalu akan buat puding ni bila ada jamuan ata bila tekak ni terasa nak makan.... resepi ni ita dapat dari mak cik ita yg mmg pakar memasak... terima kasih mak cik...

MyKitchen's Recipe

Bahan2 Utk Kastard

  • 1 cwn tpg kastard
  • 4 cwn air
  • 1 sudu besar serbuk agar2
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 tin jagung kremer

Masak agar2 dgn air sampai hancur, masukkan tpg kastard (bancuh dgn sedikit air) , gula dan jagung. Masak atas api yg sederhana dan terus mengacau sampai adunan pekat dan berkilat. Tuang dlm acu atau loyang dan biarkan sejuk sebentar sebelum di sejukkan dlm peti ais.

Bahan2 Utk Kuahnya

  • 1 tin susu cair
  • 2 gelas air
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 tin fruit coctail  atau longan.
  • 1/2 tin jagung biji

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk. Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar masukkan fruit coctail atau longan dan jagung, kemudian masukkan kastard.

No comments:

Powered by Blogger.