Follow if you like

Oct 24, 2010

BUBUR DURIAN



BUBUR DURIAN

   Dalili ni macam2 yang dia mintak. Hari ni dia minta ayahnya belikan durian. Ita memang tak suka durian baunya saja dah memeningkan kepala. Sekali ayahnya balik bawak tiga biji durian banyaknya siapa nak makan pulak si bujang semua tiada kat asrama. Dalili makan sebijik lebih ni nak buat apa ek... timbul pulak idea nak buat bubur kacang. Boleh buat minum petang dan bagi kat jiran-jiran...

MyKitchen's Recipe


    •     kacang hijau
    •    1 biji santan
    •    1 buku gula melaka
    •    daun pandan
    •    secubit garam
    •    durian


"DO IT YOURSELF"

Masak gula melaka dengan air dan daun pandan. Dalam periuk yg berlainan masak kacang hingga pecah dan sedikit kembang. Kemudian masukkan santan daun pandan dan secubit garam masak hingga didih. Selepas itu masukkan air gula melaka. Pastikan anda menapis dahulu kerana banyak terdapat harta karun di dalamnyer... hihihi
setelah siap barulah masukkan durian



Bubur durian juga sedap di makan bersama Vanilla ice cream so yummy!!!...

No comments:

Powered by Blogger.