iklan

iklan floral cake

iklan ada

Sunday, October 24, 2010

APAM MEKAR



APAM MEKAR

Sebab ramai rakan2 dah mencuba buat apam mekar ni hati ni pun terpanggil2 nak membuatnyer jugak. Berdebar2 jugak la rasa takut tak menjadi maklumlah baru first time buat. Alhamdulillah akhirnyer menjadi jugak....
 
Resepi apam mekar ni sebenarnya ita dapat kat Kongsi Resepi kat FB. Di sini ita ingin kongsikan bersama resepi apam ni. Rasanya juga sedap tak seperti apam eno yg macam sponge. Apam ni agak padu dan comel....

 
MyKitchen's Recipe
    •    250 gm tepung gandum
    •    230 gm gula castor
    •    2 biji telur
    •    1 cawan aiskrim soda (minuman bikarbonat)
    •    1 sudu teh esen vanila
    •    1 sudu teh ovalette
    •    sedikit pewarna kegemaran


"DO IT YOURSELF"


Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang. Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.  Setelah sebati bahagi kan kpd beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.  Masukkan dlm cup cake dan kukus selama 15 minit.  Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nantik cantik dan mekar.

No comments: