Friday, May 24, 2013

ARMY SWEET LOVELY CAKE


Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Dah malam barulah dapat nak mengadap komputer ni..
Apakahabar semua teman-teman ita diluar sana..? Lama rasanya tidak bertanya khabar.. Besar harapan ita agar semuanya sihat-sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah.. Jaga kesihatan.. jaga pemakanan.. amalkan gaya hidup yang sihat.

Esok dah bermula cuti persekolahan. Bagi anak-anak yang tinggal di asrama semuanya dah pulang ke rumah. Masa inilah ibu-ibu semakin sibuk. Tapi ita pasti sesibuk mana pun si ibu.. demi anak-anak dan suami tercinta.. mereka tidak pernah akan mengeluh.

Pasti ramai juga antara kita yang dah mula merancang pelbagai program untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan ini. Nak makan angin keluar negara bagi yang berkemampuan maupun berkelah di tepi pantai.. Rancanglah semuanya dengan baik.. semoga setiap perancangan berjalan dengan lancar dan dapat merapatkan lagi kasih sayang seisi keluarga.


Bercerita pasal kasih sayang.. hari ini ita nak kongsikan kepada anda semua sesuatu yang mungkin boleh anda jadikan inspirasi atau idea untuk anda  yang mungkin ada yang nak menyambut ulang tahun.. ulang tahun untuk anak-anak atau suami tercinta. Atau juga bagi mereka yang mungkin sedang merancang untuk menyediakan gubahan kek sendiri untuk majlis pertunangan atau majlis perkhawinan. Manalah tau kalau apa yang ita kongsikan kali ini sedikit sebanyak dapat menyuntik idea untuk dekorasi kek idaman anda pula.


Pernahkah anda terfikir untuk menyediakan kek untuk parajurit Negara. Pada ita pengorbanan yang mereka lakukan dan amanah yang terpikul di bahu mereka untuk sentiasa memastikan negara kita sentiasa aman dan makmur adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Apakah sumbangan kita untuk mereka pula.. Ita pasti mereka yang memakai uniform ini tidak pernah meminta jasa mereka di balas.. semuanya adalah rasa tulus ikhlas mereka dan tanggung jawab mereka memastikan keselamatan negara dan rakyat di bawah naungannya..

Kek yang ita sediakan ini adalah ilham dari adik Dora. Pada mulanya beliau amat sukar untuk memilih kek yang istimewa sempena ulang tahun suami tersayang. Sebagai isteri ita juga amat memahaminya.. pasti ita juga inginkan sesuatu yang istimewa untuk dihadiahkan buat suami tercinta. Dora meminta ita menyediakan kek bersempena ulang tahun suaminya dengan tema lovely and romantik. Tapi beliau inginkan kek yang ada sentuhan ke pahlawanan memandangkan suami yang beliau cintai seorang anggota tentera. Dari idea Dora ini maka terhasillah kek Army Sweet Lovely Cake ini. Sweet kan idea adik Dora kita ni.. mungkin kita juga tidak pernah menyangka akan hasil gambungan kek celoreng dengan kuntuman mawar putih di jambangan.. sungguh romantik sekali..
Semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke akhirnya.. sentiasa berkasih sayang didalam melayari bahtera perkhawinan .


Kek ini adalah kek Ombre. Cuma kali ni Dora inginkan kek perisa oren. Dora juga inginkan dalam kek berwarna oren. Krimnya pula ita gunakan krim cheese frosting berperisa oren juga. Untuk krim luarnya pula ita gunakan basic buttercream resepi dari Wilton.

Pada ita kek ini juga amat sesuai sebagai kek pertunangan dan kek perkhawinan. Kepada yang nak mencuba silalah ya...

ARMY SWEET LOVELY CAKE
Olahan dar resepi Ranbow Cake
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

Rujukan : Zuraini Alias
Rujukan : Checkered Cake

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik

1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes oren
1 biji lemon zest
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren

Sediakan loyang 8 inc

Loyang segi empat tepat dan selinder
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila, pes oren dan oren zest
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan
mengikut warna dan saiz loyang yang digunakan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas secara ton dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
kalau loyang muat 2 atau tiga boleh masukkan sekali, tapi bagi loyang selinder yang sedikit tinggi kena bakar berasingan sebab dia lambat sikit masak, loyangnya tinggi.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap


Orange Cream Cheese Frosting


225 gm cream cheese
225 gm butter
2 sudu kecil orange Sunquick
1 biji orange zest
2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula icing ( masuk sikit2 dan rasa takut termanis)
150 gm krim putar bukan tenusu


Pukul cream cheese, butter hingga lembut
Masukkan oren Sunquick, oren zest dan vanilla
Masukkan gula icing ( yg telah diayak ) sedikit-sedikit
Guna medium speed dan rasa gula ( takut termanis)
Dalam bekas pemutar lain putar krim putar hingga kental
Kaup balik krim putar dalam adunan cheese
Tambah pewarna jika inginkan warna.


Wilton Basic Buttercream

1 cawan butter
1 cawan cream well / shortening
1 sudu besar sirap glucos
1 sudu teh pes vanilla yang tak berwarna
4 cawan gula icing di ayak ( tapi tak letak semua.. letak sikit-sikit)

Pukul butter dan cream well hingga lembut
Tambahkan sirap glucos dan pes vanilla
Tambahkan gula icing yang telah diayak sedikit-sedikit dan pukul hingga berkrim. Gula ni letak sikit-sikit tau sampai dia berkrim aje.. dan kepekatan sesuai untuk piping, kemudian bolehlah letak pewarna untuk paipkan atas kek dan hiaskan kek ikut kreativiti.


Ini pula adalah kek yang di minta oleh cikgu Nazreen untuk anak kesayangannya Edreen. Devills's Food Choc Cake adalah pilihan beliau.

Kek ni ita potong empat segi panjang ukuran kotak bekas kecil. Ita hiaskan dengan tulisan nama Edreen sebagaimana permintaan cikgu dan ita juga lukiskan atasnya sebagai hiasan. Semoga adik Edreen dipanjangkan umur di murahkan rezeki dan membesar menjadi anak yang solleh serta membanggakan keluarga.


Kepada semua yang menyambut ulang tahun ita mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun.. semoga semuanya di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Memperolehi kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat.




Tuesday, May 21, 2013

Lagi berita baik untuk warga Johor



Sekali lagi Chef Amer akan turun ke Johor. Kali ini dengan 2 kelas kek yang berbeza.. Jangan lepaskan peluang warga Johor.. inilah masanya anda nak kaup seberapa banyak ilmu dari Chef tersohor dan antara 9 chef terbaik di Malaysia..

Untuk makluman semua ini adalah kelas kek terakhir Chef Amer di Johor sebelum kita menyambut Hari Raya. haaaa... pasti anda teringin menyediakan sendiri kek istimewa pada hari raya nanti.. kan? Asyik kek choc moist aje.. pergi rumah sepolan kek choc moist.. pergi rumah Jenab kek choc moist.. rumah kak Ton punnn... kek choc moisttt.. jugak!!  aduhhh!! tak ada kek lain ke...??
Sesekali apa kata kita hidangkan kek yang istimewa untuk menjamu tetamu di pagi lebaran nanti..

Kelas yang pastinya hapenning.. Kali ni pasti lebih banyak tips berguna yang akan dikongsikan oleh Chef yang tidak pernah kedekut ilmu ini.. Percayalah anda tidak akan rugi berguru dengan yang pakar..

Kenapa kelas Chef Amer menarik dan tak membosankan?

  • Kelas yang tak pernah sunyi dengan senda gurau dan gelak ketawa
  • Kelas yang penuh info tips yang sangat berguna bagi mereka yang serius memilih bidang ini
  • Panduan penyediaan kek yang cukup sempurna
  • Cara pemilihan bahan yang terbaik untuk tujuan komersial atau sebaliknya
  • Bagaimana mendapatkan kek yang cantik, menarik dan pasti membuat setiap mata yang memandang terkesima..
  • Sarapan dan makan tengahari disediakan 
  • Masa rehat diberikan secukupnya untuk tujuan solat dan menjamu selera
  • Setiap peserta di berikan kek yang mereka sediakan untuk di bawa pulang
  • Kadang-kala chef turutkan berikan resepi bonus dengan percuma!
  • Harga kelas yang sangat berpatutan
  • Apa yang paling penting anda belajar dengan yang benar-benar pakar!

Kenapa tunggu lagi..
Hubungi Pn Siti Zaleha di talian 019 ~ 7550154 atau Mom's Bake House 012 ~ 7408138 / 5213044 untuk sebarang pertanyaan

Anda boleh pilih antara 2 kelas di bawah  yang berlangsung pada hari dan tarikh yang berbeza. Kek yang di ajar pada kedua-dua hari tersebut juga adalah kek yang berlainan..




Jumpa di sana !!!

Kepada yang sering bertanyakan kelas Chef Amer di seluruh Malaysia di bawah ini ita sertakan senarai mereka yang menganjurkan kelas untuk Chef Amer. Anda boleh dapatkan maklumat kelas selanjutnya di tempat yang berhampiran anda





Sunday, May 19, 2013

Masih lagi koleksi barang hantaran

Assalamualaikum

Hari ni ita tak boleh nak sembang panjang-panjang sebab banyak kerja tak siap lagi. Hari pun dah lewat malam.. kalau sembang karang takut esok terlajak pulak bangun. Ada lambat pula Dalili ke sekolah.

Hari ni ita nak kongsikan beberapa resepi untuk hantaran. ialah tak lama lagi cuti sekolah.. mana lah tau kalau ada idea yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk buat gubahan hantaran atau pun door gift untuk tetamu. Masa ita tunang dan khawin dulu pun semua bahan hantaran ita buat sendiri.. kata orang save baget.. ialah dulu masa kerja gaji kecik.. terpaksalah berjimat cermat cikit..

Resepi pertama ni puding coklat. Jiran ita minta buatkan.
Banyak pula yang risau bila ita dah ambil tempahan.. bimbang takut ita dah tak kongsi resepi di blog lagi..
Jangan risau lah.. insyaallah ita akan terus kongsikan resepi mana yang ita tau.. Tapi ada beberapa resepi yang ita tak dapat kongsikan ita minta maaf banyak-banyak kerana terikat dengan publisher.. dan ada juga resepi yang ita gi belajar kat kelas tu ita kena minta izin dengan tuan empunya dahulu.. kalau beliau izinkan ita kongsikan, tapi kalau beliau tak izinkan ita minta maaf banyak-banyak dan ita berharap sangat supaya semua memahami situasi ita..


PUDING BLACK FOREST
by : Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding

1 sudu makan serbuk koko
1 biji kuning telur

koko di bancuh dgn sedikit air suam.
Telur di pukul
Campurkan kedua2 bahan di atas dan kacau rata.

satu peket agar-agar serbuk - anggaran 12-14 gm
150 gm gula pasir - ita kurangkan 120 gm
1/2 sedu teh esen vanila
600 ml susu coklat
300 ml air
50 gm coklat masakan

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut
Tuangkan susu coklat dan masak hingga didih
Tambahkan coklat masakan yang telah di cincang kacau rata
Ambil sedikit adunan agar-agar dan campurkan dengan telur kacau rata
Tuang kembali ke dalam agar2 sambil di kacau
Masak kembali sampai didih
Tambahkan esen dan tapis
Tuangkan ke dalam acuan yg di sukai
Biar hingga sejuk
Simpan dalam peti ais supaya dingin

Untuk dapatkan corak bunga tu ita gunakan resepi puding di SINI
Tapi tak perlu buat 1 adunan buat lah 1/4 dari pada adunan asal. Kena buat yang ini dulu, lepas tu tuang dalam loyang dan sejukkan. Bila dah sejuk potong lah ikut corak macam mana yang suka. Susung dalam loyang kemudian tuang puding coklat.

 
Yang ni pula di order oleh kawan ita. Dia berkenan pula dengan strawberry yang ita buat untuk kek di SINI Tema pula hitam dan putih. Jadi ita buatlah ke Rusian Black And White, tapi kali ni ita buat dalam cup. Resepi masih lagi sama macam yang di SINI.

Tak payahlah ita salin semulakan.. sama aje cara buatnya.
Kalau nak buat banyak bolehlah buat satu adunan. Tapi kalau buat sikit pandai-pandailah bahagikan 1/2 adunan atau 1/3 adunan.

Strawberry pula celupkan sahaja dalam coklat masakan untuk dapatkan corak baju pengantin tu. Celup coklat putih dahulu, biarkan keras baru celup yang coklat gelap pula. Kemudian hiaslah mengikut corak pakaian yang kita suka.